PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan beliau membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.
Peguam Navpreet Singh yang mewakili PKR, ketika dihubungi memberitahu Bernama tarikh pendengaran rayuan itu ditetapkan berikutan pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman pada Isnin.
Beliau berkata pihak dalam rayuan telah diarah mengemukakan hujahan bertulis masing-masing sebelum tarikh pendengaran rayuan.
Pada 23 Jun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Zuraida membayar RM10 juta kepada PKR selepas membenarkan saman parti politik itu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir mendapati bon itu sah dan kontrak yang mengikat. Beliau turut mengarahkan bekas Ahli Parlimen Ampang itu membayar kos guaman RM50,000.
Saman itu difailkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada 28 Sept 2020 bagi pihak parti untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida kerana didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti.
Dalam pernyataan tuntutan, Saifuddin mendakwa Zuraida telah menandatangani bon sebanyak RM10 juta berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.
Terma itu antara lain, Zuraida bersetuju untuk membayar parti itu sejumlah RM10 juta tidak lewat daripada tujuh hari selepas memenangi pemilihan atas tiket PKR dan kemudian meletak jawatan daripada parti atau menyertai mana-mana parti politik lain atau menjadi wakil rakyat bebas.
Zuraida, dalam pembelaannya, mendakwa beliau dipaksa menandatangani bon dengan parti itu untuk menjadi calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.
Dalam keputusannya, Akhtar berkata dakwaan Zuraida bahawa beliau menandatangani bon itu di bawah paksaan adalah tidak berasas.
Mahkamah mendapati bon itu adalah perjanjian sah yang mengikat defendan (Zuraida) untuk membayar RM10 juta seperti yang dijanjikan jika keahliannya ditamatkan selain memutuskan reputasi keahlian defendan adalah disebabkan oleh salah laku defendan sendiri .
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
Pada 23 Jun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Zuraida membayar RM10 juta kepada PKR selepas membenarkan saman parti politik itu. - Gambar fail/Bernama
Insiden timpa Faisal Halim dapat perhatian Tengku Muda Pahang
Ia sebagai mengenang jasa Faisal Halim yang pernah bernaung di bawah pasukan itu sebelum berhijrah mewakilI pasukan Terengganu.
Makanan, destinasi pelancongan Malaysia dipromosi di Universiti Islam Madinah
Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (Persada) cawangan Universiti Islam Madinah mengambil kesempatan mempromosikan budaya, makanan, destinasi pelancongan dan institusi pendidikan Malaysia.
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tirinya.
Datuk rogol cucu: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang datuk kerana merogol cucu perempuannya yang berusia tujuh tahun enam tahun lepas.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.